GULA DAN AKIBATNYA

1. APAKAH GULA?
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.

Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan, dalam bentuk fruktosa, dan susu, dalam bentuk laktosa.

Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa pemprosesan yang dikenali sebagai gula tambahan atau free sugar.


2. APAKAH SARANAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN?

WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).


3. APAKAH CORAK PENGAMBILAN GULA DI MALAYSIA?

Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis.

Berdasarkan jumlah penduduk seramai 28.31 juta pada tahun 2009 dan pengedaran gula domestik sebanyak 806,381.88 metrik tan, pengambilan gula per kapita sehari pada tahun 2009 adalah 78 gram atau 16 sudu teh sehari atau 16% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa. Jika dicampurkan gula domestik dan gula industri iaitu 1,281,183.04 metrik tan pada tahun 2009, pengambilan gula per kapita sehari adalah 124 gram atau 25 sudu teh sehari atau 25% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa.


4. APAKAH KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BELEBIHAN?

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.

Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).

Prevalens pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).

Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997)

Pada 8 Jan 2010, Pengarah Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don muncul di TV1 dalam sesi wawancara berhubung Kempen Kurangkan Penggunaan Gula, bersama beliau ialah Presiden Diabetes Malaysia. Wawancara yang bermula dari jam 10 malam berlanjutan hingga jam 11 malam, memberi kefahaman kepada masyarakat umum tentang kebaikan mengamalkan penggunaan gula yang sedikit dalam kehidupan harian.

Saranan yang diberikan ialah menghadkan pengambilan gula total kepada 10 sudu gula sehari, ini termasuk gula dalam minuman dan makanan seperti masakan mahupun kuih-muih. Wawancara juga mendedahkan pesakit diabetes tertinggi di Malaysia ialah dari Negeri Sembilan dan Selangor.

Penonton juga berpeluang bersoal-jawab mahupun memberi pandangan berhubung isu yang diperbincangkan. Puan Pengarah juga menyatakan harapan beliau agar rakyat Malaysia melihat senario semasa dari sudut positif dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi mencapai kualiti kehidupan yang optima.








-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sedikit persoalan tentang gula..

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan !

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung ! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)


11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab masalah buah pinggang bagi kaum lelaki

21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis

31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik.
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil

41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan

51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim


61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi


71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer



Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?

Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti :
Glukosa, Fruktosa, LaktosaMaltosa, Sukrosa, Sirap Glukosa, Sirap Maple, Molases, Sirap hitam, Sirap kencana, Dektrosa & Sorbitol.

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!


Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?

Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Rakyat negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit kencing manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

Di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali (cuba fikirkan pemanis apa yg mereka gunakan??)

Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hatilah.