INFO STEVIA ?

Nama Tempatan:        Stevia
Nama Saintifik:           Stevia rebaudiana
Nama Lain:                 Teh manis,sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé,
kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa,
sinonim:                       Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb,
honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf
Famili:                         Astereacea
Asal:                            Paraguay
Biogeographic realm: Nearctic and Palearctic

keterangan:

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesis herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea).Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika selatan dan Amerika tengah.

Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari spesis rebaudiana. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut.Untuk menanamnya , medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas.

Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.Daunnya berbentuk bujur .Batangnya halus dan bergerutu.Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih.Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih.Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil.Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang.Pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang.

Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar.Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih. stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di brazil dan paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi.

Ia mula digunakan oleh kaum red Indian Guarani di paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka.Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka.Mereka juga menggunakan stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.